
LOCAL AGENDA 21 MPSPK
Local Agenda 21 (LA21) merupakan pelan tindakan global atau rangka tindakan (blue print) bagi pembangunan mampan hasil Deklarasi Rio De Jenerio, Brazil pada tahun 1992 yang dihadiri oleh 178 buah negara termasuk Malaysia.
Pembangunan mampan
Definisi pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi akan datang. Ia termasuk kawalan kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga (Sumber: World Commision on Environmental & Development, 1987).
Ciri-ciri pembangunan mampan
ALAM SEKITAR
Pembangunan yang benar-benar mengambil kira akibat kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan kesihatan.
KESAKSAMAAN SOSIAL
Pembangunan yang menyumbang kepada perolehan dan kawalan sumber yang lebih wajar.
EKONOMI MANUSIA
Pembangunan sosial dan ekonomi yang membantu masyarakat memenuhi keperluan asas.
​
MASA HADAPAN
Memastikan keputusan yang diambil tidak merosakkan atau menjejaskan kepentingan generasi masa hadapan.
​
PENYERTAAN
Proses yang membolehkan seluruh masyarakat terlibat.
​
TINDAKAN TEMPATAN/IMPAK GLOBAL
Pembangunan tempatan yang menyumbang kepada resolusi isu global.
​
Proses-proses pelaksanaan LA21
WAWASAN MASYARAKAT
Membentuk wawasan bersama masyarakat melalui bengkel atau seminar.
​
USAHASAMA
Penubuhan Jawatankuasa LA21 yang terdiri daripada PBT, masyarakat dan sektor swasta.
​
KAJIAN ISU BERSAMA MASYARAKAT
Mengenalpasti isu-isu pembangunan mampan di peringkat tempatan.
​
MERUMUS PELAN TINDAKAN
Pelan Tindakan LA21 dihasilkan adalah untuk menggariskan strategi dan tindakan ke arah pembangunan mampan dan menentukan petunjuk-petunjuk.
​
PELAKSANAAN & PEMANTAUAN
Pelan Tindakan LA21 dilaksana dan dipantau.
​
PENILAIAN DAN MAKLUM BALAS
Menilai petunjuk-petunjuk dan mengumumkan hasil pelaksanaan Pelan Tindakan LA21.
Pihak yang terlibat
PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
-
Datuk Bandar / Yang Dipertua
-
Ahli Majlis
-
Ketua-ketua Jabatan PBT
​
MASYARAKAT
-
Orang Awam
-
Pengguna
-
CBO
-
NGO
-
Wakil Masyarakat
-
Ahli Akademik
​
SWASTA
-
Perusahan & Industri
-
Profesional
-
Pertubuhan Perniagaan Tempatan
​
LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN
-
Kerajaan Persekutuan
-
Kerajaan Negeri
​
​​
​​
​
Faedah-faedah LA21 kepada Anda
KEPADA PBT/AGENSI KERAJAAN
Meningkatkan kesefahaman, sokongan dan kerjasama dengan masyarakat dan sektor swasta dalam program-program yang telah dirancang ataupun yang akan dilaksanakan. Imej sebagai badan kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik ataupun 'good governance' yang bercirikan penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan, kecekapan, dan kebertanggungjawaban dapat ditingkatkan.
​
KEPADA MASYARAKAT / INDIVIDU
Pendapat dan sumbangan anda diambilkira dalam pelancaran dan pelaksanaan program-program yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup. Meningkatkan rasa tanggungjawab, cinta, bangga terhadap alam sekitar dan rasa 'sense of belonging'.
​
KEPADA SEKTOR SWASTA/SYARIKAT
Peluang untuk memberi bantuan, sumbangan dan khidmat bagi sama-sama menjayakan program yang telah dirancang. Imej syarikat sebagai sebuah badan korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap alam sekitar dan keperluan masyarakat dapat ditingkatkan. Akhir sekali, peluang untuk mempromosikan produk-produk keluaran syarikat melalui tajaan ke atas aktiviti-aktiviti dalam program LA21.
​
​