top of page

Info & Program JPM MPSPK

Dewan Serbaguna Tikam Batu MPSPK (232 orang)

Updated: 13 Jun 2018

*Hubungi Pejabat MPSPK: 04 429 6666

04 429 6655 (Fax)


Terletak bersebelahan Balai Bomba, Tikam Batu.

Pakej Perkawinan (berhawa dingin)

Deposit = RM 300.00

Kadar Sewa = RM 1 500.00

  • 28 meja bulat

  • 192 kerusi plastik

  • 40 kerusi bankuet

  • 15 meja panjang

*Dewan dengan kerusi/meja bulat/meja panjang (tanpa alas)


Mesyuarat/ Seminar/ Lain-lain (berhawa dingin)

  • Deposit = RM 300.00

  • Kadar sewa = RM 300.00 ( 3 jam pertama )

  • Kadar Sewa = RM 80.00 ( 1 jam seterusnya )

*Dewan kosong sahaja.


Majlis Perkahwinan yang diadakan di Dewan Serbaguna Tikam Batu MPSPK

Pondok dan Taman Permainan merupakan kemudahan yang disediakan di Dewan Serbaguna Tikam Batu MPSPK

SYARAT-SYARAT AM SEWAAN DEWAN SERBAGUNA TIKAM BATU MPSPK

i. Mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Ibu Pejabat atau dari Laman web http://www.mpspk.gov.my

ii. Sila kemukakan borang permohonan anda untuk diproses.

iii. SYARAT WAJIB: Membuat BAYARAN DEPOSIT untuk tujuan pengesahan tempahan dalam tempoh 7 HARI BEKERJA. Kegagalan pihak tuan/puan, tempahan dewan akan terbatal dengan sendirinya.

iv. SYARAT WAJIB: Membuat BAYARAN PENUH SEWAAN DEWAN satu minggu atau 7 HARI SEBELUM tarikh aktiviti bermula. Kegagalan pihak tuan/puan, tempahan dewan akan terbatal dengan sendirinya. BAYARAN AWAL sewaan dewan dialu-alukan. Bayaran sewaan adalah termasuk kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 0 %. Pihak MPSPK memberi jaminan bahawa akan kekal dalam semua masa relevan kepada perjanjian ini berdaftar untuk GST.

v. Hanya permohonan yang diluluskan sahaja akan dibenarkan mengguna Dewan Menara MPSPK.

vi. Kegagalan mematuhi tarikh/masa dengan sendirinya tempahan akan dianggap batal dan wang tidak akan dikembalikan.

vii. Larangan ke atas penyewa:-

a. Penyewa tidak dibenarkan menyewa semula (meminda hal penyewaan) kepada orang lain.

b. Penyewa dilarang keras membawa masuk makanan dan minuman yang haram disisi agama islam.

c. Penyewa dilarang memasak di dalam Dewan atau melakukan perkara yang boleh merosakkan / mengotorkan Dewan.

d. Dilarang merokok di dalam kawasan Dewan.

e. Patung atau berhala bagi tujuan keagamaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan.

f. Penganjuran semua jenis aktiviti politik, perjudian dan aktiviti yang diharamkan oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan.

g. Talian elektrik tidak dibenarkan disambung keluar daripada Dewan tanpa kebenaran pihak MPSPK.

viii. Bagi tujuan pementasan dan persembahan hendaklah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

ix. Penyewa bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan yang terdapat di dalam dan di luar Dewan ini semasa dan selepas penggunaan.

x. MPSPK tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan / kecederaan / kehilangan yang berlaku ke atas mana-mana individu sepanjang tempoh penggunaan / penyewaan Dewan.

xi. MPSPK juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / kehilangan mana-mana kenderaan yang diletakkan di perkarangan meletak kenderaan.

xii. Wang deposit akan ditahan sekiranya berlaku kehilangan peralatan, kerosakan harta benda Majlis akibat penyewaan/pengunaan Dewan. Sebarang kerosakan atau kehilangan perlulah diganti.

xiii. Wang deposit akan ditahan sekiranya Dewan tidak dibersihkan sempurna selepas penggunaan. Pihak Majlis juga berhak memotong wang deposit atau melucut hak wang deposit tersebut dan dimasukkan ke dalam akaun hasil Majlis akibat daripada pelanggaran syarat tersebut.

xiv. Wang deposit akan dikembalikan setelah MPSPK mendapati semua syarat-syarat yang dikenakan samada secara bertulis atau lisan dipatuhi.

xv. Untuk tuntutan balik wang deposit, sila dapatkan borang dan mengisi borang tuntutan balik wang pertaruhan secara EFT dengan lengkap semasa tuntutan wang deposit dibuat.sila kemukakan Resit Asal Wang Deposit bersama satu (1) Salinan Kad Pengenalan pemohon dan satu (1) Salinan nombor akaun penyata bank daripada pihak bank.

xvi. Pihak MPSPK berhak membatalkan kebenaran penggunaan dewan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan pada bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

xvii. Yang Dipertua MPSPK boleh mengikut budi bicaranya meminda jadual dari semasa ke semasa.



3,266 lihatan0 komen

Comments


bottom of page