top of page

Info & Program JPM MPSPK

Padang Hoki Sintetik (Kompleks Sukan MPSPK)

Updated: 13 Jun 2018


*Hubungi Pejabat MPSPK: 04 429 6666

04 429 6655 (Fax)



Terletak di belakang Menara MPSPK.

HARI BEKERJA (Ahad - Khamis)

RM 50.00 (2 jam)

RM 150.00 (1 Hari)

8:00 pg - 7:00 ptg

HARI MINGGU / CUTI UMUM

RM 60.00 (2 jam)

RM 200.00 (1 Hari)

8:00 pg - 7:00 ptg



SYARAT-SYARAT AM SEWAAN KOMPLEKS SUKAN MPSPK

  1. Mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Ibu Pejabat atau dari Laman web http://www.mpspk.gov.my

  2. Sila kemukakan borang permohonan anda selewat-lewatnya satu minggu sebelum tarikh penggunaan untuk diproses.

  3. Setelah tempahan dibuat dan diluluskan, penyewa perlulah membuat pembayaran sewaan di kaunter bayaran. Bayaran sewaan adalah termasuk kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 0%.

  4. Hanya permohonan yang diluluskan sahaja akan dibenarkan mengguna kemudahan Kompleks Sukan MPSPK.

  5. Setelah permohonan diluluskan penyewa tidak dibenarkan menyewa semula (meminda hal penyewaan) kepada pihak-pihak lain.

  6. Penggunaan Kompleks Sukan MPSPK hendaklah mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Kadar sewaan tambahan boleh dikenakan sekiranya melebihi masa yang ditetapkan.

  7. Kegagalan untuk mematuhi tarikh penggunaan dan masa tempahan maka dengan sendirinya tempahan akan terbatal dan wang tidak akan dikembalikan.

  8. Semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan Kompleks Sukan MPSPK serta keselamatan/harta benda peralatan yang digunakan. Sebarang kerosakan/kehilangan perlu diganti.

  9. Minuman bergula/bergas dan makanan tidak dibenarkan berada di atas kawasan padang.

  10. Dilarang merokok dalam kawasan padang/gelanggang.

  11. Aktiviti menjaja adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan Kompleks Sukan MPSPK.

  12. Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang kenderaan dan binatang peliharaan ke dalam kawasan padang.

  13. Tidak dibenarkan mengorek/menggali mana-mana bahagian di kawasan padang untuk tujuan mendirikan khemah/kanopi atau sebagainya tanpa kebenaran daripada MPSPK.

  14. Penganjuran semua jenis aktiviti politik, perjudian dan aktiviti yang diharamkan oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan.

  15. Bagi kegiatan-kegiatan/aktiviti yang memerlukan permit/lesen/kebenaran daripada agensi-agensi yang berkaitan (Bahagian Pelesenan MPSPK/Polis/Pejabat Daerah dan sebagainya), pengguna hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan terlebih dahulu.

  16. Sebarang sepanduk (banner)/poster/papantanda tidak dibenarkan dipasangkan di mana-mana jua bahagian di kawasan Kompleks Sukan MPSPK kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada MPSPK.

  17. Talian elektrik tidak dibenarkan disambung keluar daripada Kompleks Sukan MPSPK kecuali dengan kebenaran daripada MPSPK.

  18. Tidak dibenarkan membakar atau menyebabkan kebakaran apa-apa jua bahan di mana-mana juga bahagian di kawasan Kompleks Sukan MPSPK.

  19. Mana-mana penyewa/penganjur program/acara/majlis perlu memastikan kawasan padang dalam keadaan bersih selepas selesai sesuatu program dijalankan.

  20. Tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu kepada orang awam.

  21. Tidak menimbulkan pencemaran bunyi semasa berlangsungnya sesuatu program/acara/majlis kepada orang awam.

  22. Para penganjur program/acara/majlis adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya terdapat apa-apa aduan dari mana-mana individu/jabatan-jabatan kerajaan/agensi swasta/NGO berkaitan program yang dijalankan.

  23. Penganjur adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam soal keselamatan semasa dan selepas acara dijalankan terhadap sebarang tingkahlaku orang awam pengguna.

  24. MPSPK tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan/kecederaan/kehilangan yang berlaku ke atas mana-mana individu sepanjang tempoh penggunaan/penyewaan Kompleks Sukan MPSPK.

  25. MPSPK juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan/kehilangan mana-mana kenderaan yang diletakkan di perkarangan meletak kenderaan.

  26. MPSPK berhak membuat pembatalan @ perubahan tarikh terhadap sebarang permohonan penyewaan terutamanya untuk aktiviti-aktiviti yang lebih diberi keutamaan dan pihak Majlis tidak terikat untuk mengganti mana-mana padang lain sebagai ganti tanpa diberi notis terlebih dahulu.

  27. Yang Dipertua MPSPK boleh mengikut budi bicaranya meminda jadual dari semasa ke semasa.



199 lihatan0 komen

Comments


bottom of page